:: :: Welcome to JD Artac.com :: ::
 
 
 
 


Lawatan semula ke perairan di Terumbu Luisa yang terletak di selatan Terumbu Layang-Layang di Kepulauan Spratly membawa tuah kepada Thomas Lee apabila "sifu" sukan memancing ini berjaya menawan seekor jerung seberat 315 kilogram.

Thomas yang pernah ke kawasan terumbu itu lama dahulu kerana tugas, tidak menduga lawatan semula ke kawasan itu baru-baru ini bersama sekumpulan pemancing laut dalam akan menghasilkan rekod peribadinya.

Tujuan asal beliau ke terumbu itu bersama tujuh lagi rakannya ialah untuk cuba menawan spesies tuna sirip kuning yang boleh didapati di kawasan terumbu itu serta layaran.

Beliau bagaimanapun tidak menduga apabila joran buatan sendiri Thomas Stroker dengan tali 50 paun yang menggunakan umpan ikan kayu disambar oleh 'gergasi' yang beratnya melebihi 300 kilogram itu.

"Tangkapan ini berjaya memecahkan rekod peribadi saya yang selama ini hanya berjaya memancing ikan sebarat antara 100 hingga 200 kilogram sahaja. "Saya cuma berharap untuk menaikkan tuna gigi anjing yang berat sekitar 80 kilogram, tetapi sebaliknya gergasi ini yang makan umpan saya," katanya ketika ditemui di kedai pancing miliknya di Taman Perling, Johor Bahru .

Katanya, beliau sendiri terkejut dengan tangkapnya itu, tetapi berbangga dan puas kerana berjaya memecahkan rekod peribadi. Menurut Thomas, panjang jerung yang dinaikkannya itu kira-kira empat meter dengan lilitan kira-kira 150 sentimeter dan rahang kira-kira 40 sentimeter yang boleh memuatkan kepala manusia. Untuk menewaskan gergasi itu, beliau terpaksa bertarung lebih satu jam setengah sebelum dapat menaikkan yu itu ke dalam bot menggunakan kren. "Pada mulanya kita menggunakan tiga gancu serta mengikat kabel pada ekornya untuk dinaikkan. Walaupun menggunakan tenaga enam orang ia tidak berjaya dinaikkan ke dalam bot. Akhirnya kami terpaksa menggunakan kren," jelasnya.

Katanya, kembara ke Terumbu Luisa bermula dari 21 hingga 28 September lalu oleh sekumpulan pemancing laut dalam termasuk beliau. Mereka bertolak dari Miri, Sarawak dengan sebuah bot sepanjang 33 meter dan lebar lapan meter bersama lima lagi anak kapal untuk ke terumbu karang itu. Walaupun trip itu mengambil masa selama lebih seminggu tetapi mereka hanya memancing selama lima hari dan ikan jerung itu berjaya dipancing pada hari yang kelima iaitu pada 26 September lalu. Terumbu Luisa, yang terletak di Laut China Selatan itu mungkin agak asing bagi pemancing-pemancing biasa, tetapi ia cukup terkenal di kalangan pemancing professional kerana terdapat pelbagi spesies ikan yang menarik.

Di situ terdapat pelbagai species ikan yang sentiasa menjadi idaman kaki pancing terutama mereka yang gemarkan pertarungan sengit, sama ada tuna, kerapu, mersuji(marlin), layaran, alu-alu, tenggiri dan sebagai. Thomas berkata, selain jerung tersebut mereka turut menaikkan ibu krisi, kerapu, tuna sirip kuning, alu-alu serta banyak lagi sepesies melawan. Namun katanya, hajat untuk memburu tuna sirip kuning besar tidak kesampaian kerana mereka hanya berjaya mendaratkan saiz yang kecil iaitu antara lima hingga 10 kilogram sahaja. Menurut Thomas, beliau cukup puas dengan tangkapannya itu, lebih-lebih lagi dia menggunakan joran buatannya sendiri yang secara tidak langsung turut membuktikan bahawa joran Thomas Stroker mampu menangani apa juga cabaran termasuk jerung 315 kilogram.


- The Power & Performance of Thomas Stroker
       
 
 
Copyright 2006. All Rights Reserved. Powered By Broadband Internet Group Sdn. Bhd.